Kehidupan di Matrikulasi :)

Hi... lama dah x update blog ni.. maklumlah I ni bukannya kaki menulis pon :)
entah tetiba malam2 ni datang perangai nak menulis ni..

I nak tulis pasal students life di matriculation.. cara nak survive di matriculation ni senang je dik :) paling penting kena banyak sabar dengan hectic schedule and siapakan semua kerja and tutorial bagai on time. SENANG je kan! haha nampak senang tapi memang letih... but tak mustahil right? :)

I dapat matriks tahun 2013 dan I ambil program setahun. Di matriks pon ada program 2 tahun. Beza dia program setahun, dalam seminggu cikgu sometimes akan speed up sikit untuk ajar..yelah, dalam satu sem tu korang kena habiskan beberapa bab.. kalau 2 tahun, maybe 1 bab tu dalam 2 minggu ke.. so xdelah rushing macam kitorang ni,, I pon x arif sangat pasal benda ni sebab dekat kolej I yang ramai ambik program 1 tahun. so, xsempat nak tanya detail program 2 tahun.

Masa masuk first sem tu, korang akan dapat jadual korang and korang boleh tahulah betapa hecticnya start kela pukul 8am dan habis pukul 5pm.. rehat pon kejap je..dari pukul 12pm sampai 2pm.. mostly ktorang akan tidur jelah kalau cikgu tak buat kelas.. SUSAH kot nak tidur time waktu rehat.. :'(

haha tapi jangan takut nak masuk pulak.. so dekat sini ada kursus korang ikut modul.. ada modul 1, 2 dan 3. Lagi satu akaun. I ambil modul 1.. and for those yang ambil modul2 ni, confirm kena buat jotter book. Apa ni jotter book? Jotter book ni mostly buku log book yang korang kena beli sendiri untuk subjek2 sains mcm bio, fizik and kimia and kena tulis procedure, objektif bagai and lukis diagram n table. So, cikgu korang akan suruh korang buat jotter book dulu sebelum masuk lab.. PENTING ya jotter book ni.. kalau korang x buat, alamatnya siap lambat lah experiment korang sbb kekadang cikgu sorang korang berdiri luar sampai korang siapkan jotter book tu.. as always, di matriks pon ada kerja berkumpulan and korang akan belajar kemahiran2 lain macam english dan dinamika..cuma di matriks soft skills je kurang..

ni baru bab belajar..huissshhhh banyak kan?! hehe.. so life di kolej kat matrik ni I cadangkan better berebut sebab kalau korang x berebut, takut delay lagi banyak kerja korang. Kalau I di matrik dulu mesti kena bangun pukul 5.50am untuk berebut tempat mandi..tu pon dah ada dua tiga org yg beratur..apetah lagi kalau bangun lambat..hihi.. then balik pukul 5pm lepas kelas trus basuh baju bagai and berebut ampaian..haha.. berebut punya pasal..

so sem dua I double triplekan lagi usaha untuk improvekan lagi study.. cara dia,bila dekat matriks, baik je dari kelas, mandi , basuh baju bagai, tips dia jangan terus tidur. Korang terus je buat kerja korang dan habiskan apa kerja yang patut macam tutorial yang berlambak tu dan assignment.. kalau korang dah siapkan tutorial yang esok hari pon, siapkan jugak untuk tutorial yang kelas yg akan datang.. buat until pukul 10pm.. then trus tidur lepas tu.. I gerenti kalau tidur korang cukup, korang boleh paham cikgu korang ajar n periksa pun ok :) So for those, yang dapat matriks, I cadangkan cara ni sebab 90% memang menjadi.

cikgu2 di matriks2 ni baik2 :) mana soalan xpaham, pergi je cari cikgu kat bilik cubic.. bilik cikgu di matrik ni ikut bidang masing2..contoh korang x paam soalan kimia, kalau cikgu korang xde di bilik cubic u, korang boleh tanya cikgu lain sebab diorang dari bidang yang sama.. kekadang korang siap boleh datang ke meja cikgu nk berbork..hehe (kalau korang rapatlah ^^)

banyak benda kalau nak diceritakan di matrik ni..belum masuk part sukan, outing, kafe, kolej, event bagai....and one more thing in matriks ni ENJOY YOUR LIFE WITH YOUR FRIENDS TOO.. Some will find that matrics friends are different because korang jumpa hanya sekejap je..then korang akan teruskan hidup korang kat universiti lepas tu. so appreciate that one year. :)

thats all from me.. thanks for those who reading this.. just a short advice for me for junior2 yg akan dapat matriks :)
Study smart and enjoy while you being there :)

Design by WPThemesExpert | Blogger Template by BlogTemplate4U